
Semasa awal musim tuaian (Early harvest) iaitu sekitar Oktober dan November, buah zaitun akan dipetik menggunakan tangan supaya pokok tersebut tidak tertekan sekiranya menggunakan jentera mesin. Buah yang dipetik akan ditekan sejuk (cold pressed) dalam tempoh 12 jam bagi mengekalkan khasiat yang ada pada buah tersebut. Minyak yang dihasilkan akan disimpan di dalam tangki besar dan diisi gas nitrogen bagi memastikan minyak tidak mudah teroksida. Minyak dibotolkan dan diletakkan dalam kotak dan sedia untuk dijual.


